Soalan :
Bolehkah dimakan burung-burung atau ayam hutan ditembak.
Jawapan:
Binatang-binatang buruan yang ditembak mati hukum memakan dagingnya adalah haram, jika binatang-binatang yang ditembak itu masih hidup dan ada padanya hayat mustaqarah serta sempat disembelih maka dagingnya adalah halal dimakan. Sebaliknya, tidaklah halal dimakan daging binatang-binatang yang ditembak yang tiada padanya hayat mustaqarah sekalipun ianya disembelih. Niat sahaja tidaklah diiktibarkan bagi menghalalkan sesuatu yang ditembak tanpa disembelih dengan syarat hendaklah binatang itu masih hidup dan ada padanya hayat mustaqarah.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Terengganu
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
Tarikh Diisu : 2000
Koleksi Pamplet Solat Fardhu, Solat Sunat, Bacaan dan Zikir
-
Berikut adalah himpunan risalah-risalah yang berkaitan solat fardhu, solat
sunat dan zikir. Semoga dengan risalah ini dapat disebarkan kepada semua
umat Is...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan