Soalan :
Salam Ustaz, Saya telah bersalin di awal bulan Ramadahn dan masih blum sempat ganti puasa kerana masih mnyusu badan. Bolehkah sekiranya saya hanya membayar fidyah dan tidak rnenggantikan puasa kerana saya bercadang menyusu badan selama 2 tahun. Sebelum ini saya telah cuba berpuasa semasa menyusu namun tidak mampu kerana terlalau lemah.
Jawapan :
Tidak harus mengabaikan puasa qadha/ganti kecuali orang yang tidak mampu berpuasa lagi sepanjang hayatnya kerana tua atau kerana sakit yang tidak ada harapan lagi untuk sembuh. Jika tidak mampu berpuasa di sepanjang tempoh menyusu, gantilah selepas tempoh itu. Usaha kita untuk memenuhi tuntutan Allah akan diganjari Allah dengan hidayah, taufik dan pahala yang besar.
Wallahu a'lam.
Perisai Muslim: Himpunan Doa & Zikir Daripada Al-Quran dan As-Sunnah
-
Alhamdulillah, perisai muslim telah berjaya disebarkan dalam pelbagai
platform. Tuan puan boleh download PDF atau apps di telefon masing-masing.
Aplikasi B...
9 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan