Sahabat Ilmu

Selasa, 28 Julai 2009

HUKUM WANITA MENYERUPAI LELAKI (PENGKID) DAN HUKUM LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN (PONDAN DAN MAK NYAH)

SOALAN:
Assalamualaikum ustaz, apa hukum lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya?

JAWAPAN:
Disini saya menjawab melaui KEPUTUSAN FATWA KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN:

Kategori : Akidah
Tajuk : HUKUM WANITA MENYERUPAI LELAKI (PENGKID) DAN HUKUM LELAKI MENYERUPAI PEREMPUAN (PONDAN DAN MAK NYAH)

Isu :
1. Isu golongan wanita membawa imej lelaki dan lelaki membawa imej wanita telah lama diperkatakan. Jika suatu waktu dahulu, wanita yang berperwatakan lelaki ini digelar sebagai tomboy kerana membawa imej lelaki, kini muncul pula golongan yang dinamakan sebagai pengkid dengan imej, penampilan dan perwatakan lelaki begitu juga penampilan golongan mak nyah dan pondan . Fenomena ini semakin menular dan berleluasa malah telah menjadi satu fenomena global di seluruh dunia.

2. Pengkid merujuk kepada gadis yang mempunyai penampilan fizikal mirip lelaki seperti berambut pendek dengan mengenakan jeans dan t-shirt. Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat kelakian (kejantanan) pada golongan ini dengan imej macho sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang lelaki sejati. Pengkid cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan wanita kerana daripada segi perasaan, nyata mereka amat berminat terhadap wanita sehingga tidak ada langsung perasaan dan keinginan terhadap lelaki. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.

3. Pengkid agak berbeza dengan tomboy, kerana tomboy hanya menampilkan imej kelelakian daripada sudut fizikal atau luaran sahaja seperti memakai jeans, t-shirt, bertopi dan berambut pendek sedangkan daripada sudut naluri dan perasaan, mereka tetap sama seperti perempuan normal.

4. Pondan atau Mak Nyah pula merujuk kepada lelaki yang mempunyai penampilan fizikal mirip perempuan seperti berambut panjang dengan mengenakan pakaian seperti seorang wanita . Daripada sifat pula, nyata terserlah sifat keperempuanan pada golongan ini dengan imej lembut sehingga ada yang merasakan bahawa diri mereka benar-benar seorang wanita sejati. Pondan dan Mak Nyah cenderung untuk menjalinkan hubungan intim dengan sesama lelaki yang berperawakan wanita kerana daripada segi perasaan. Yang nyata, golongan ini cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma-norma boilogi dan sosial yang mereka miliki.


Keputusan FATWA KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN:

“Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti keterangan, hujah-hujah pandangan yang dikemukakan bersetuju untuk memutuskan bahawa pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga menggesa ibu bapa dan masyarakat Islam supaya memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan, tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakkan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah.

SUMBER:
Oleh : Jawatankuasa Syariah Negeri Perak

WALLAHUA'LAM

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adahkah lelaki menyerupai perempuan sangat berdosa besar?

IBNU MUSLIM berkata...

YA BERDOSA BESAR..

Dari Ibn Abbas r.a. dari Nabi s.a.w. :Allah melaknat orang-orang lelaki menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan menyerupai lelaki.(Riwayat Bukhari – ibn abi jamrah)

Orang-orang lelaki adalah dilarang menyerupai orang perempuan. Menyerupai itu termasuk dalam hal berpakaian, tutur kata, atau tingkah laku. Berlagak seperti perempuan adalah dilarang. Istilah moden dalam menyerupai perempuan ini ialah ‘pondan atau maknyah ladyboy tranny.

Orang perempuan juga dilarang menyerupai orang lelaki. Istilah modennya ‘tomboy’, penkid
Kedua-dua kumpulan manusia ini dilaknat Allah swt.

Kepada yang terlibat, segeralah bertaubat dan kembali kepada kejadian yang sebenar semoga selamat dunia akhirat

wallahuaqlam

Diari Kecil berkata...

adakah pengkid dan perempuan normal biasa (lesbian) jika tinggal bersama (bersekedudukan) adalah berdosa? jika ya, tolong berikan sedikit hadis atau ayat alquran yang boleh mengesahkan nya. terima kasih.